Mengapa Kedudukan Islam Menjadi Negatif Pada Zaman Kita?

58 views

 

MENGAPA KEDUDUKAN ISLAM MENJADI NEGATIF PADA ZAMAN KITA INI?

فلماذا حدثت هذه السمعة السلبية للإسلام في عصرنا هذا؟

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

١. الحمد لله الذي أكرمنا بنعمة الإسلام وفضلنا على كثير من الأمم. والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه. أصحاب المعالي، وأصحاب الفضيلة قادة الأحزاب الإسلامية والجماعات والمنظمات والمؤسسات والضيوف الكرام.

  1. Segala pujian bagi Allah yang telah memuliakan kita dengan nikmat Islam, dan melebihkan kita daripada umat-umat yang lain. Selawat serta salam ke atas Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat serta para pemimpin. Dif-dif kehormat, pemimpin-pemimpin Parti Islam, Jemaah Islam, pertubuhan-pertubuhan, dan para tetamu yang dimuliakan sekalian.

٢. أرحب بكم نيابة عن  الحزب الإسلامي إلى بلاد ماليزيا وحكومته في ولاية كلانتان، قادة وأعضاء ومؤيدين ومواطنين.

  1. Saya bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengalu-alukan dengan gembira kedatangan semua ke Malaysia dan kerajaan Negeri Kelantan, para pemimpin dan penyokong serta rakyat sekalian.

٣. نقدر سفركم البعيد لمشاركة هذا الاجتماع المبارك الذي جمعنا تحت راية واحدة لأداء الفريضة الخالدة في الدعوة إلى ديننا الإسلام، ورفع كلمته العليا وإعادة مكانته التاريخية لقيادة العالم مرة أخرى مهما كانت التحديات والتضحيات والمشقات والعقبات التي تحيط بنا من الداخل والخارج. مؤمنين بأن المستقبل لهذا الدين، ومهما كانت الفتن والمحن. فندعو الله أن يكون سفركم مأجورا، وجئتم أهلا ونزلتم سهلا.

  1. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas perjalanan jauh yang ditempuhi untuk menghadiri perhimpunan agung ini yang menghimpunkan kita di bawah satu panji untuk menunaikan kewajipan dakwah terhadap Islam, meninggikan seruannya, serta mengembalikan semula kedudukan Islam dalam lipatan sejarah untuk memimpin dunia sekali lagi walau apa jua cabaran yang diharungi, pengorbanan, kepayahan dan kesusahan dari dalam dan luar. Orang-orang beriman sesungguhnya percaya bahawa masa depan adalah milik agama suci ini walaupun berhadapan dengan fitnah dan kesusahan. Kami memohon kepada Allah agar permusafiran kamu diberkati, kedatangan kamu dialu-alukan dan dimudahkan urusan penempatan kamu.

أيها الإخوة والأخوات !

٤. فإن الأحزاب المعادية ضد الإسلام لا تزال باقية لحصار الصحوة الإسلامية المباركة كما كانت تحاصر المدينة في أول الإسلام بصبغة جديدة معاصرة لأن الكفر ملة واحدة في مواجهة الإسلام. فهذا ما وعدنا الله ورسوله وصدق الله ورسوله وما زادنا إلا إيمانا وتسليما. من المؤمنين رجال صدقوا ما عهدوا الله ورسوله فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدلوا تبديلا.

Wahai saudara & saudari sekalian!

  1. Sesungguhnya parti-parti yang bermusuhan terhadap Islam masih tetap menghalang kebangkitan Islam yang diberkati seperti mengepung Kota Madinah pada awal Islam, dalam bentuk yang baru dan moden kerana kafir itu adalah satu agama yang tidak akan berhenti menentang Islam. Inilah apa yang dijanjikan dan dibenarkan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada kita, dan tiadalah yang meningkatkan kita melainkan keimanan dan penyerahan diri kepada Allah. Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah dan Rasul-Nya untuk berjuang membela Islam, maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu lalu gugur syahid, dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah apa yang mereka janjikan itu sedikitpun.

٥. ولكن حصوننا مهددة من الداخل، تفرق الجماعات الإسلامية وأحزابها لأسباب فرعية لا ركنية، أو استراتيجية مختلفة التي تتعلق بالمتغيرات تغير الأماكن والظروف، وليست من الثوابت التي تمس العقيدة الواحدة، والهدف المشترك .

  1. Akan tetapi kubu-kubu kita diancam dari dalam, di mana Jemaah-jemaah Islam dan parti-partinya berpecah disebabkan perkara furu’ bukan perkara pokok, atau strategi-strategi yang berbeza kerana perubahan tempat dan keadaan, dan bukan pula disebabkan oleh perkara thawabit (tetap) yang menyentuh kepercayaan aqidah yang satu dan matlamat bersama.

٦. ولكن أعداءنا اتخذوا فرصة تفرقنا ونقاط ضعفنا، لا سيما الفرق بين المتشددين الذين لا يفقهون في الدعوة والسياسة والجهاد. والمتساهلين في الدين الذين دخلوا في كيد الأعداء لتعطيل مسيرة الدعوة وتحويل هدفها المنشود وتطبيق سياسة التطبيع في العلاقة بأشد الناس عداوة للذين آمنوا اليهود والصليبية الصهاينة والماسونية.

  1. Tetapi musuh kita telah mengambil peluang untuk memecahkan kita dan mencari kelemahan kita, terutamanya perbezaan di antara golongan pelampau yang tidak memahami dakwah, politik dan jihad, dan golongan yang mengambil mudah dalam agama dan telah terjatuh ke tangan-tangan musuh untuk melumpuhkan kerja-kerja dakwah dan mengubah matlamat yang dikehendaki dan menerapkan dasar neutral (berlembut) dalam hubungan dengan orang-orang yang bermusuhan dengan Islam, termasuklah orang-orang Yahudi, Tentara Salib Zionis dan Freemason.

٧. ونجحوا في إيقاد الخلاف إلى نار الحروب بالوكالة بين المتشددين والمتساهلين كما حدثت في سوريا وليبيا واليمن واستعداد وقودها في الخليج بعد تدمير أفغانيستان بين المجاهدين ونشأة منظمة طالبان والقاعدة ثم داعش فكلها باسم الإسلام.

  1. Dan mereka telah berjaya menimbulkan pertikaian sehingga berlakunya api peperangan dengan proksi di antara golongan pelampau dan golongan bermudah-mudah, seperti yang berlaku di Syria, Libya dan Yaman. Mereka menyalakan obor pergaduhan di Negara Teluk selepas memusnahkan Afghanistan di antara para mujahidin dan kemunculan pertubuhan-pertubuhan Taliban, Al Qaeda, dan kemudiannya Daesh yang semuanya berdiri atas nama Islam.

٨. وجعلوا أهل الوسطية المستقيمة نهبا لتسديد الاتهامات الكاذبة في وسائل الإعلام التي يسيطرون عليها، والمخططات التي نظموها. فالآن وضعوا في سلة واحدة  الحركات الإسلامية التي اختارت السلمية في حل قضايا داخلية بين الأمة الواحدة والوطن الواحد، ومنها مشاركة الانتخابات  الديموقراطية رغم مواجهة التزوير وسوء الإدارات بالصبر والمصابرة، ولكنها لم تعترف انتصاراتها إذا كانت إسلامية وسطية. وأخيرا أدخلوها في جملة الإرهاب. فإنها العداوة ضد الإسلام كله مهما كانت وسائله للوصول إلى رفع راية الإسلام، وكله مصداق لقوله تعالى:

  1. Dan menjadikan imej golongan yang bersederhana (wasatiyyah) terjejas dengan tohmahan-tohmahan dan tuduhan-tuduhan palsu dalam media yang dikawal oleh mereka, dan langkah-langkah yang telah disusun. Dan kini mereka telah meletakkan gerakan Islam dalam satu kelompok yang memilih jalan keamanan dalam menyelesaikan isu-isu dalaman antara satu bangsa dan satu negara, termasuk penyertaan dalam pilihanraya demokratik walaupun menghadapi pemalsuan dan penyalahgunaan kuasa dengan penuh sabar dan tabah, tetapi mereka tidak mengiktiraf kemenangan jika Islam yang sederhana diamalkan. Dan akhirnya golongan ini dilabel sebagai ‘pelampau’ dan terroris. Ini adalah permusuhan terhadap Islam secara keseluruhannya, walau apa cara sekalipun yang digunakan untuk meninggikan martabat Islam.

Semuanya dibenarkan dalam firman Allah SWT:

وَٱلۡفِتۡنَةُ أَكۡبَرُ مِنَ ٱلۡقَتۡلِۗ وَلَا يَزَالُونَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمۡ عَن دِينِكُمۡ إِنِ ٱسۡتَطَٰعُواْۚ   ٢١٧ البقرة

“Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian)” (Al-Baqarah: 217)

وقوله تعالى :

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰۗ وَلَئِنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِي جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِيّٖ وَلَا نَصِيرٍ ١٢٠ البقرة

Firman Allah SWT:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” (Al-Baqarah: 120)

ولكن الله يقول في مكان آخر :

وَدَّ كَثِيرٞ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ لَوۡ يَرُدُّونَكُم مِّنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِكُمۡ كُفَّارًا حَسَدٗا مِّنۡ عِندِ أَنفُسِهِم مِّنۢ بَعۡدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ ٱلۡحَقُّۖ فَٱعۡفُواْ وَٱصۡفَحُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ ١٠٩ البقرة

Tetapi Allah menyebut dalam ayat lain:

“Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah: 109)”

وفسر رسول الله صلى الله عليه وسلم أهمية الدعوة قبل القتال:

لِعَليٍّ – رضي الله عنه: «فَوَاللهِ لأَنْ يَهْدِي اللهُ بِكَ رَجُلًا وَاحِدًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ

Rasulullah SAW menjelaskan tentang kepentingan dakwah sebelum peperangan:

“Demi Allah, jikalau Allah memberi hidayah kepada satu orang dengan sebab dirimu, hal itu benar-benar lebih baik bagimu daripada unta-unta merah.” [Muttafaqun Alaihi]

أيها الإخوة والأخوات!

٩. ولابد من العبرة من سلفنا الجيل الأول في خير القرون الإسلامية الأولى، دراسة انتشار الدعوة في شبه جزيرة العرب حيث دخل الإسلام في القلوب القاسية بالعصبية الجاهلية الأولى التي قتل أهلها أولادهم واستعبد نساءهم قبل قتل أعدائهم بين العرب، فلانت قلوبهم بالإيمان فصاروا أمة وسطية بين الناس وحملوا الرسالة الناجحة فصاروا خير أمة وسطية. في قوله تعالى:

Wahai saudara & saudari sekalian!

  1. Kita haruslah mengambil pengajaran daripada generasi-generasi terdahulu sewaktu abad-abad Islam yang awal dahulu, serta mempelajari penyebaran dakwah di Semenanjung Arab di mana Islam memasuki hati-hati yang keras yang dahulunya pada zaman Jahiliyyah membunuh ahli keluarganya, anak-anaknya serta memperhambakan wanita-wanita mereka sebelum pembunuhan musuh-musuh antara orang Arab. Maka apabila datangnya Islam, hati mereka menjadi lembut dengan kewujudan iman, maka mereka menjadi umat yang bersederhana (wasatiyyah), membawa risalah yang berjaya sehinga menjadi sebaik-baik umat yang sederhana. Firman Allah SWT:

وَكَذَٰلِكَ جَعَلۡنَٰكُمۡ أُمَّةٗ وَسَطٗا لِّتَكُونُواْ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدٗاۗ ١٤٣ البقرة

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah)” (Al-Baqarah: 143)

وقوله تعالى:

كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ ١١٠ آل عمران

Firman Allah SWT:

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) (Al-Imran: 110)

١٠. وكذلك دخول الإسلام في قلوب الناس ودخلوا في دين الله أفواجا بعد سقوط الفرس والروم، ثم انتشار الإسلام في آسيا الوسطى ودخول الإسلام في ولايتنا جنوب شرقي آسيا بطريقة سلمية من الدعاة والتجار، وتغيرت هذه الولاية كلها إلى يومنا هذا كبرى الأغلبية المسلمة حول العالم. وفشلت المخططات الاستعمارية في سياسة الردة والتغريب. ولكن الإسلام منتشر كذلك رغم سياسة الاستعمار بالحديد والنار.

  1. Dan begitu juga kemasukan Islam ke dalam hati-hati manusia dan mereka berbondong-bondong mengikuti agama Allah SWT selepas kejatuhan kerajaan Parsi dan Rom, dan kemudian Islam tersebar ke Asia Tengah dan negara kita Asia Tenggara melalui jalan keamanan oleh para pendakwah dan para peniaga. Dan situasi ini menyebabkan majoriti rakyat di negara ini adalah golongan Muslim. Dan perancangan penjajah dalam usaha untuk memurtadkan dan mengamalkan dasar “barat” telah gagal. Namun Islam terus tersebar walaupun berhadapan dengan penjajahan dengan menggunakan besi dan api.

أيها الإخوة والأخوات!

١١. فلماذا حدثت هذه السمعة السلبية للإسلام في عصرنا هذا؟ قبل أن ندخل في الحروب الإعلامية التي نشرت الإسلاموفوبيا على حسب مصطلحاتهم، التي نشرت الكراهية للإسلام، فالإسلام مظلوم لأنه برئ مما يقولون.

Saudara dan saudari sekalian!

  1. Mengapa kedudukan Islam menjadi negatif pada zaman kita ini? Sebelum kita berperang dengan media yang menyebarkan tentang Islamophobia yang menyebabkan kebencian terhadap Islam, dan Islam menjadi mangsa yang tidak bersalah malah bebas daripada apa yang dicanang oleh mereka,

١٢. فلا بد من محاسبة أنفسنا نحن الإسلاميين قبل محاسبة أعدائنا المتربصين بنا الدوائر. فلماذا انهارت الدولة الإسلامية المستعجلة التي أعلنت الخلافة قبل سنوات قليلة في العراق والشام، في أيدي المؤمنين الذين تشددوا بإسلامهم في داخلهم وخارجهم قبل أيدي أعدائهم، وأيدي أولئك الذين أعلنوا تلك الخلافة بأسلحة أعدائنا وتمويلنا وقتل أنفسنا فهل منكم رجل رشيد.

  1. Maka hendaklah kita merenung kembali diri kita sebagai masyarakat Islam sebelum melihat musuh kita. Kenapa Negara Islam telah hancur musnah dalam sekelip mata seperti di Iraq dan Syam di tangan orang Islam itu sendiri yang melampau dengan keIslaman mereka di dalam dan di luar sebelum datangnya musuh-musuh, begitu juga Islam hancur ditangan mereka yang mengisytiharkan khalifah dengan senjata, dengan pembiayaan orang Islam dan membunuh orang Islam sendiri. Adakah dalam kalangan kamu masih ada orang yang bernas buah fikirannya?

١٣. فلماذا الانقلاب على الحكومة المنتخبة في مصر وقبلها إبطال الانتخابات البلدية في الجزائر التي انتصر فيها الإسلاميون. ولدينا كذلك تجارب في هذه الولاية قبل ثلاثين سنة ورجعنا إلى هذه الولاية مرة أخرى بعد عشر سنوات إلى يومنا هذا ولله الحمد. وفي الولايات الأخرى في ماليزيا نواجه سقوط الحكومة التي نأخذها بالوسيلة الديموقراطية بالتزوير والانتهاكات للنظام الفدرالي الدستوري.

  1. Kenapa berlaku pergulingan kuasa terhadap kerajaan yang menang dalam Pilihanraya di Mesir dan sebelumnya di Algeria, pilihanraya yang dimenangi oleh Islam dibatalkan? Dan di negara kita juga terdapat contoh dan pengalaman yang sama, 30 tahun sebelum ini, kini kita kembali semula memerintah selepas 10 tahun sehingga ke hari ini. Segala Puji bagi Allah. Di negeri-negeri lain di Malaysia, kita berhadapan dengan penggulingan kuasa melalui konsep demokrasi palsu dan pelanggaran sistem federalisma Perlembagaan Persekutuan.

١٤. ويذكرني ما ذكره الدكتور محمد ناصر رحمه الله رئيس وزراء إندونيسيا الأسبق فترة حكومة حزب ماشومي الإسلامي، عندما سألناه سبب أفول حكومة إندونيسيا الاسلامية المنتخبة. فقال لأننا نؤمن بالديموقرطية وهؤلاء الديموقراطيون العلمانيون لا يؤمنون بالديموقراطية.

  1. Mengingatkan saya apa yang diungkapkan oleh bekas Perdana Menteri Indonesia, Doktor Muhammad Nasir (dalam rahmat Allah) sewaktu beliau memerintah Parti Islam Masyumi. Ketika beliau ditanya sebab-sebab kejatuhan pemerintahan Islam Indonesia yang dipilih dalam pilihanraya. Beliau menjawab kerana kita percayakan demokrasi dan para demokrat sekular tidak mempercayai demokrasi.

أيها الإخوة والأخوات!

١٥. ونحن في أمس الحاجة إلى محاسبة الدعوة التي نقوم بها والمشاركة السياسية التي نبني عليها وكل الأعمال الإسلامية الناشطة لتكون على تفقه وحكمة. ولهذا قوله تعالى:

  1. Dan kita seharusnya merenung kembali dakwah yang kita lakukan serta penyertaan politik yang berdiri di atasnya dan semua gerak kerja Islam harus dilakukan secara aktif agar berjaya dengan penuh kefahaman dan hikmah.

وقوله تعالى:

۞وَمَا كَانَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةٗۚ فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٖ مِّنۡهُمۡ طَآئِفَةٞ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡهِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ ١٢٢ التوبة

Firman Allah SWT:

“Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).” (At-Taubah: 122)

١٦. وهذا الفقه والتفقه ليس في الأحكام فحسب كما فهمه العوام، وإنما التفقه في الإسلام كله في العقيدة والشريعة والأخلاق والنظم الإسلامية كلها والتفقه في العمل به في الدعوة والسياسة والجهاد والاقتصاد والتربية والتعليم والثقافة.

  1. Feqah dan pemahaman ini bukan di dalam hukum hakam sahaja seperti yang difahami oleh orang awam, akan tetapi pemahaman Islam secara menyeluruh di dalam aspek aqidah, syariah, akhlak dan sistem Islam secara menyeluruh serta pemahaman dalam mengamalkan dakwah, politik, jihad, ekonomi, pendidikan, pengajaran dan budaya.

١٧. ومن الفقه عدم التشدد والتساهل في الإسلام. لأنهما لا يستقيمان على الصراط القويم. وهذا قوله تعالى لرسوله الأعظم صلى الله عليه وسلم:

  1. Dan memahami Islam dengan bertafaqquh (Fiqh), maka tiada yang keras (tasyadudd) dan bermudah-mudah (tasahul) dalam Islam kerana kedua-duanya tidak berdiri di atas jalan yang kukuh. Dan ini selari dengan mafhum hadith Rasulullah SAW:

وقوله تعالى:

فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ ١١٢ وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ ١١٣ هود

Firman Allah SWT:

“Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. (112) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (113)” (Surah Hud: 112-113)

١٨. فالاستقامة على الدين وعدم الطغيان ولا خضوع والاستسلام للذين ظلموا. والثقة بالنصر القريب في الدنيا والفوز العظيم في الآخرة.

  1. Maka beristiqamah atas agama, tidak berlaku zalim dan tidak tunduk dan berserah diri kepada orang-orang yang zalim. Dan keyakinan dengan kemenangan terdekat di dunia dan kemenangan yang besar di akhirat.

١٩. ولا بد من الفرق بين العمل في داخل الوطن الواحد وبين الإخوة الواحدة التي غرقت في محيط الجهالة فمعاملتها على مقتضى الأحوال والظروف والتركيز على التوعية والتعليم والتربية والفرق بينها بين فريضة الجهاد كما كانت في فلسطين المحتلة والقدس في خطر.

  1. Dan adalah perlu untuk kita membezakan antara gerak kerja di tanah air dengan saudara-saudara yang tenggelam di dalam kejahilan, maka untuk menanganinya dalam keadaan yang berbeza, dan tumpuan terhadap memberi kesedaran, pendidikan dan perbezaan kewajipan ‘jihad’ di antaranya sepertimana di Palestin dan Al-Quds dalam bahaya.

٢٠. ويجب سياسة السلم في اللأولى ويحرم التطبيع والإستسلام في مواجهة الصهيونية والماسونية. فلماذا هذا الانقلاب أشدة على المؤمنين أذلة على الكافرين رغم أن القدس فى أخطر الظروف والأوضاع؟ وقبلتنا واحدة في العبادة والسياسة إلى بيت الله الحرام وليست قبلتنا البيت الأبيض.

  1. Maka wajib didahulukan pendekatan politik secara aman dan tidak menyerah diri apabila berhadapan dengan Zionis dan Freemason. Kenapa apabila berlaku penggulingan kuasa ini, orang-orang Islam dilawan dengan keras manakala orang-orang kafir dilayan secara lembut sedangkan Al-Quds berada pada situasi yang paling berbahaya? Dan kiblat ibadat dan politik kita yang satu adalah ke arah Baitullah, bukannya berkiblatkan ‘rumah putih’ atau ‘white house’.

أيها الإخوة والأخوات!

٢١. ولما كان دخول الإسلام في جنوب آسيا بطريقة سلمية ونريد الصحوة الإسلامية فيها كذلك تسير على المنهج السلمي. فعلى العاملين في الحقل الإسلامي في هذه المنطقة ثابتين على هذا المنهج، سواء أكانوا في مواجهة الأمة الإسلامية التي غرقت في محيط الجهالة التي تركها الاستعمار الذي دخل مع مخططاته في الغزو الفكري والثقافي وما تولد منهما من انحطاط في التربية والتعليم والسيطرة على السياسة والاقتصاد وكذلك في الدعوة لمواجهة غير المسلمين من أهل الوطن.

Saudara dan saudari sekalian!

  1. Sewaktu Islam memasuki Selatan Asia dengan cara yang aman, kita mahukan kebangkitan Islam dan ianya berjalan dengan cara yang aman. Maka para penggerak kerja dakwah di rantau ini haruslah berpegang teguh dengan cara ini, sama ada dalam usaha menangani umat Islam yang hanyut dibuai arus jahiliyah, kesan yang ditinggalkan oleh penjajahan yang telah memasukkan perancangannya melalui perang pemikiran dan kebudayaan dan akhirnya menyebabkan kemerosotan pendidikan dan pelajaran serta penguasaan terhadap politik dan ekonomi. Dan begitulah juga pendekatan dakwah untuk mendekati orang bukan Islam yang menjadi warganegara ini.

٢٢. ويجب الصد عن التدخلات الأجنبية التي تشعل الفتن ما ظهر منها وما بطن، وتنفجر بعدها ما هو أشد خطرا كما حدث في المناطق الأخرى من العالم الإسلامي في شن الحروب بالوكالة ونهب الموارد البشرية والمادية لمصالح أعداء الأمة الذين يتربصون بنا الدوائر.

  1. Dan kita harus mengawal campur tangan asing yang menyalakan api fitnah sama ada secara zahir atau sembunyi, dan seterusnya melancarkan serangan yang lebih dahsyat sepertimana yang berlaku di negara-negara Islam yang lain dengan melancarkan peperangan proksi dan dirampas hasil bumi untuk kepentingan musuh-musuh Islam yang sentiasa menunggu berlakunya sesuatu bala bencana yang menimpa kita.

٢٣. وهذا الملتقى الذي جمع العلماء والمفكرين وقادة العمل الإسلامي في جنوب شرقي آسيا كلها ومشاركة الإخوة من الدول الأصدقاء وغيرها من الدول التي لها دور الحركة الإسلامية سيكون منبرا لوحدة الصف وتنسيق العمل وتبادل الآراء النافعة المباركة بفضل الله ونصره وتوفيقه.

  1. Dan perjumpaan ini menghimpunkan seluruh ulama’ dan para pemikir dan pemimpin Gerakan Islam di Asia Tenggara dan penyertaan saudara- saudara kita dari negara jiran serta negara-negara lain yang berperanan menggerakkan pertubuhan Islam dan perhimpunan ini menjadi satu wadah penyatuan dan bertukar fikiran serta pendapat yang bermanfaat dengan izin dan pertolongan Allah SWT.

٢٤. والختام، نحمد الله تعالى على ما اصطفينا من بين عباده الذين عملوا أحسن الأعمال ويجب علينا كذلك على هدايته كما هدى الرسول صلى الله عليه وسلم والجيل الأول رضي الله عنهم:

  1. Kesimpulannya, kita bersyukur kepada Tuhan yang memilih kita dalam kalangan hamba yang bekerja dengan sebaik-baik amal dan wajib ke atas kita memohon hidayah-Nya sebagaimana hidayah Rasulullah SAW dan generasi awal (Moga Allah memberkati mereka)

وقوله تعالى:

وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلٗا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ ٣٣ وَلَا تَسۡتَوِي ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِي بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُۥ عَدَٰوَةٞ كَأَنَّهُۥ وَلِيٌّ حَمِيمٞ ٣٤ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٖ ٣٥ وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ نَزۡغٞ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ٣٦ فصلت

Firman Allah SWT:

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” (33) Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (34) Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. (35) Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (36)” (Surah Fussilat: 33-36)

٢٥. فإنه لا يصلح لهذه الأمة إلا بما صلح به أولها. فإن الجيل الأول رضي الله عنهم على هداية القرآن والتفسير العملي من شخصية الرسول صلى الله عليه وسلم وسنته التطبيقية والقطعية والنظرية والاجتهادية، وباستطاعتهم حمل رسالة الدعوة والخلافة الراشدة والسياسة الحكيمة والجهاد المؤثر في مواجهة الاعداء والدفاع عن الإسلام وتطبيق العدالة على الأعداء حتى قبلوا الإسلام طوعا، رغم تغير المجتمع والظروف والأحوال والأمكنة. ولكنهم فقهاء وحكماء في الحكم والسياسة والدعوة والجهاد.

  1. Dan ummat ini tidak akan baik melainkan apa yang telah diperbaiki oleh oleh generasi awal. Dan sesungguhnya generasi pertama para sahabat dipenuhi dengan petunjuk Al-Quran, mencontohi syakhsiah Rasulullah SAW, Sunnah baginda yang praktikal dan teori-teori serta ijtihad baginda SAW. Mereka mampu untuk menyebarkan risalah dakwah, menjadi kerajaan yang mendapat petunjuk, berpolitik dengan bijak dan berjihad dengan bersunguh-sungguh dalam menghadapi musuh-musuh dan mempertahankan Islam. Mereka menegakkan keadilan hatta terhadap musuh-musuh sehingga mereka menerima Islam secara sukarela walaupun berlaku perubahan masyarakat, keadaan dan tempat. Namun pada masa yang sama mereka adalah golongan yang mahir dalam fikah dan penguasa dalam politik, dakwah dan jihad.

أيها الإخوة والأخوات!

٢٦. فنحن حملة الرسالة التي لا تنطفئ نوره بعد سقوط الدولة الإسلامية ومواجهة الحروب التتارية والصليبية وفترات الاستعمار والأحزاب المعاصرة ورأينا بأعيننا مصداق وعد الرسول صلى الله عليه وسلم:

Saudara dan saudari sekalian!

  1. Maka di bahu kita semualah terletaknya risalah Islam yang cahayanya tidak terpadam walaupun selepas kejatuhan negara Islam, menempuh peperangan Tatar, tentera salib, tempoh penjajahan dan kewujudan parti-parti semasa ini. Dan kita telah melihat dengan mata kita janji Rasulullah SAW ini.

“لا يبقى على وجه الأرض بيت مدر ولا وبر، إلَّا أدخله اللهُ كلمةَ الإسلام بعزِّ عزيز، أو بذُلِّ ذليل” [أخرجه الإمام أحمد (23814)، وابن حبان في صحيحه (6664) [

“Tidak akan dibiarkan satu rumah pun baik di kota maupun di desa kecuali Allah akan memasukkan agama ini dengan kemuliaan yang dimuliakan atau kehinaan yang dihinakan”

٢٧. ونتحمل المسؤلية في كل مكان مع هذا النور الواحد أمام الظلمات المتعددة، مؤمنين بالولاء لله.

  1. Dan kita memikul tanggungjawab agama ini di seluruh tempat bersama dengan cahaya yang satu ini, berhadapan dengan pelbagai kegelapan, menjadi orang beriman dengan wala’ kepada Allah.

وقوله تعالى:

لَآ إِكۡرَاهَ فِي ٱلدِّينِۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَيِّۚ فَمَن يَكۡفُرۡ بِٱلطَّٰغُوتِ وَيُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَاۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ٢٥٦ ٱللَّهُ وَلِيُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَوۡلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّٰغُوتُ يُخۡرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَٰتِۗ أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ ٢٥٧ البقرة

Firman Allah:

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (256) Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (257)” (Al-Baqarah: 256-257)

فدمتم على خير وسيروا على بركة الله وآ خر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين.

Semoga kamu berterusan dalam kebaikan, bergeraklah kamu atas keberkatan Allah. Akhirnya kita memohon syukur segala puji-pujian kepada Allah Tuhan Sekalian Alam.

 

ABDUL HADI AWANG
Timbalan Presiden Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia
Merangkap Presiden PAS

Nota: Ucapan ini disampaikan oleh Tuan Guru Presiden semasa Majlis Perasmian Serentak Konferens Dakwah Antarabangsa Rantau Asia Dan Nadwah Ulamak Antarabangsa sempena Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) di Kota Bharu, Kelantan pada 21 Julai 2017, ucapan asal dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan dalam Bahasa Melayu untuk sebaran umum.