Pemenang Pertandingan Gambar Kreatif mendapat hadiah penginapan di Tok Aman Bali Beach Resort

367 views

KOTA BHARU, 26 Julai : Pemenang pertandingan Gambar Kreatif sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) 2017 yang diadakan pada 20 hingga 22 Julai 2017 baru-baru ini dipilih berdasarkan 2 kategori.

Kategori pertama Foto Freatif dan Kategori kedua Like dan Share tertinggi.

Pihak penganjur berbesar hati mengisytiharkan bahawa Nurdinie Irdina Zainal sebagai pemenang bagi kategori Foto Kreatif manakala Zulhilmi Zakaria adalah pemenang kategori Like dan Share. Foto beliau menerima sebanyak 297 Like dan 169 Share.

Sebanyak 38 penyertaan diterima sejak penyertaan dibuka dari 13 Julai sehingga 18 Julai 2017 tepat jam 12.00 tengah malam.

Pemenang akan menerima hadiah penginapan 3 hari 2 malam di Tok Aman Bali Beach Resort tajaan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan.

Pemenang akan dihubungi oleh urusetia. Tahniah diucapkan!

Pihak penganjur turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian.