Wakil Turki Doakan Kesihatan Tuan Guru Haji Abdul Hadi

197 views

Wakil Turki Doakan Kesihatan Tuan Guru Haji Abdul Hadi

Catatan: Ustaz Nik Muhammad Nasri

Dalam ucapan Dr Tamal Karamullah yang agak ringkas pada malam ini, beliau menyebutkan tentang umat Islam Palestin yang menderita selama 100 tahun. Tetapi derita ini bukan di Palestin sahaja. Ia berlaku di seluruh dunia. Justeru, menjadi kewajipan gerakan Islam dan umat Islam mengambil peranan dan tanggungjawab untuk peduli dan hirau tentang nasib umat Islam di seluruh dunia.

Pertemuan kali ini penting. Mudah-mudahan usaha ini akan menghasilkan jawapan kepada masalah umat Islam yang kita hadapi sekarang.

Sekali lagi beliau ucap terima kasih di atas jemputan ke Ijtimak ini dan juga berdoa agar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sihat untuk terus memimpin gerakan Islam.