Ulama Mesti Pertahankan Kelantan

130 views

Ulama Mesti Pertahankan Kelantan
Ustaz Mukhtar Senik

Catatan: Ustaz Nik Muhammad Nasri

Ucapan penutup wakil tuanrumah dalam Nadwah Ulama dimulakan dengan ayat Al-Quran mengenai sifat kumpulan mukmin yang mengasihi Allah dan Allah mengasihi mereka, merendah diri sesama mukmin, merasa mulia terhadap musuh.

Kita bukan sahaja bertemu dengan para ulama dalam negara, tetapi bertemu cendekiawan Islam dari negara luar.

Kita tidak boleh hanyut dengan isu remeh-temeh sahaja, atau isu cabang hukum tetapi mesti memfokuskan kepada isu yang lebih besar.

Nadwah ini menggabungkan para ulama dalam dan luarnegara supaya isu-isu bersama umat Islam dapat ditangani dengan cara yang baik.

Para ulama menjadi pembimbing kepada manusia. Kata pepatah:
‘Kalau tidak ada ulama, manusia akan menjadi seperti binatang’ kerana mereka tidak tahu halal haram.

Justeru, kita mesti mencari titik pertemuan dan titik fokus menghadapi isu yang lebih besar.

Kita mahu menyatukan umat Islam dalam sudut yang besar. Ulama bukan sahaja peduli tentang pondok mereka atau pusat tahfiz mereka, tetapi mesti peduli perkara yang melibatkan negara mereka berkait politik, ekonomi dan lain-lain.

Kini ada usaha menjatuhkan kerajaan Kelantan. Oleh itu, ulama wajib bangun mempertahankan Kelantan.

Ulama jangan jadi orang yang dicaturkan oleh pihak-pihak lain, tetapi merekalah yang mencaturkan orang lain agar bersedia mempertahankan Kelantan.

Jika UMNO, BN yang menang di Kelantan, kerajaan sekular yang wujud tidak akan membiarkan pondok hidup dengan roh Islam. Hanya kerajaan yang mahu kepada Islam akan mengambil peduli kepada sistem.pendidikan Islam, termasuk pusat pengajian pondok.