Tajikistan: Bergolak Tanpa Api Dan Asap

202 views

Tajikistan: Bergolak Tanpa Api Dan Asap

Wakil Tajikistan, Muhibuddin Kabari

Catatan: Ustaz Nik Muhammad Nasri

Saya datang dari Eropah semenjak tinggal di Eropah 2 tahun lepas.

Dunia Islam adalah tempat yang panas, seperti api dan asap di mana-mana. Ada juga dunia Islam yang tiada ‘api dan asap’ tetapi tetap bergolak.

Umat Islam dibunuh, tanpa ada apa-apa respon dari umat Islam lain. Di Asia Tengah, umat Islam juga ditindas tetapi oleh kerana kedudukan geografinya serta media yang ditutup, sehingga derita umat Islam di sana tidak banyak diketahui oleh umat Islam lain. Ini yang saya sebut, bumi umat Islam yang panas tetapi tiada api dan asap.

Kami pindah ke Eropah selepas krisis dan tekanan yang kuat di tempat asal kami.

40 tahun lepas, Syed Abdullah Nuri menubuhkan Parti Nahdah Tajikistan di zaman Soviet Union. Beliau pernah masuk penjara beberapa kali. Namun dakwah diteruskan. Pernah masuk dalam kerajaan 2 tahun. Masuk campur dari tentera. Ada perubahan. Parti Nahdah Tajikistan hadapi ujian besar dari kerajaan dan tentera walaupun gerakan Islam dan umat Islam menghadapi tekanan, pembunuhan dan penjara.

Tempat kami iaitu Tajikistan ini tempat yang melahirkan Imam Bukhari, Imam Tarmizi dan para alim ulama. Namun kini pemuda-pemudi dilarang dari masuk masjid. Masjid dibakar. Bila dibuat masjid baharu, dilarang pula solat dan dibakar. Islam dilarang diajar di rumah. Jika ajar, masuk penjara. Kami dipaksa berhijrah ke luar negara. Krisis dan tekanan ini tidak banyak diketahui oleh orang luar.

Kami adakan Muktamar Dortmund yang menggabungkan pelbagai pihak yang bencikan kezaliman di negara asal mereka Tajikistan. InshaAllah dalam masa terdekat, akan ada berita baik untuk umat Islam.