Umat Islam Diseru Memperingati Peristiwa Kejatuhan Islam

362 views

Umat Islam Diseru Memperingati Peristiwa Kejatuhan Islam

Oleh: Nuha Faqihah

KOTA BHARU, 22Julai-Ijtimak Kelantan 2017 pada kali ini membuka mata umat Islam untuk memperingati persitiwa kejatuhan negara Islam.

Hal ini dinyatakan oleh Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, dalam pidatonya di sini malam ini.

“Kita peringati 100 tahun perjanjian Sykes-picot yang telah membahagi-bahagikan negara umat Islam dan Perjanjian Balfour yang menghalalkan penubuhan negara haram Israel,” ucap beliau.

Beliau juga menyeru untuk memperingati ucapan Saidina Umar al-Khattab dalam peristiwa pembukaan, ‘Kita adalah umat yang diberi kehebatan dengan Islam. Selama mana kita mencari kemuliaan selain dari Islam, kita akan menjadi hina.’

Seruan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada umat Islam untuk bangkit menegakkan Islam.

Mengakhiri pidato, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sekali lagi menegaskan bahawa Islam agama sejahtera.

“‘Tegakkan Islam, semua selamat. Tinggalkan Islam, semua tidak selamat.”