Teks Ikrar Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah 2017

138 views

Teks Ikrar Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah 2017

Bismilillahir Rahmanir Rahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bahawasanya kami para peserta Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah 2017 yang berlangsung di Kota Bharu pada kali ini, dengan ini berikrar dan berjani dengan sepenuh jiwa raga kami untuk :
Pertama, terus istiqamah dengan Islam secara keseluruhannya sebagai agama yang syumul dan melengkapi semua aspek kehidupan.

Kedua, menumpahkan seluruh tenaga dan usaha bagi menyebarluaskan mesej perpaduan ummah di seluruh dunia bermula di Kelantan dengan menjadikan Islam sebagai asas perpaduan.

Ketiga, menyedarkan seluruh anggota masyarakat di setiap peringkat bahawa Islam adalah penyelesaian, ‘Islam is the solution’ terhadap semua kemelut yang berlaku.

Keempat, sentiasa mengulangi dari masa ke semasa mesej keamanan dan penyelesaian yang ditawarkan Islam khususnya melalui pentadbiran kerajaan negeri Kelantan agar diterima dengan baik oleh seluruh dunia.

Kelima, bersumpah dan bersetia untuk terus mempertahankan kerajaan Islam negeri Kelantan dengan apa juga usaha dan ikhtiar yang kami mampu kerana kami yakin inilah kerajaan yang berusaha meletakkan Islam sebagai asas pentadbiran.

Wallahu ala ma naqulu wakeel.

Allahuakbar (3 x)