Kehadiran Kita Jadi Simbol Kebangkitan ; Ucapan Pidato Perdana Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

1,191 views

Kehadiran Kita Jadi Simbol Kebangkitan

Ucapan Pidato Perdana Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Catatan: Ustaz Nik Muhammad Nasri

واعتصموا بحبل الله

Maksudnya: ‘Dan berpeganglah kamu dengan tali Allah’

Bagi pihak KUIS, saya ucap terima kasih kepada kerajaan Kelantan dan semua yang terlibat sehingga berjayanya program Ijtimak kali ini.

Kita membawa hasrat umat Islam dari Morocco hingga Marauki di Indonesia yang sedang diratah dan dimamah oleh musuh seperti yang disebut oleh Nabi dalam hadis tentang umat Islam yang ramai tetapi diratah. Umat seperti buih banjir. Allah campakkan penyakit alwahnu iaitu kasih dunia dan takutkan mati.

Kita peringati 100 tahun perjanjian Sykes-picot yang telah membahagi-bahagikan negara umat Islam dan Perjanjian Balfour yang menghalalkan penubuhan negara haram Israel.

Mari kita peringati pembukaan Baitul Maqdis. Saidina Umar al-Khattab berucap: ‘Kita adalah umat yang diberi kehebatan dengan Islam. Selama mana kita mencari kemuliaan selain dari Islam, kita akan menjadi hina.’

Allah janji Islam tidak akan padam dalam Al-Qur’an dan Nabi dalam hadis. Dalam riwayat hadis ada Nabi sebut bahawa yang akan muncul itu ialah umat Islam sekitar Baitul Maqdis. Kebangkitan umat Islam di Baitul Maqdis ini menjadi tanda kebangkitan umat.

Kehadiran kita malam ini jadi simbol kebangkitan itu.
Tegakkan Islam, semua selamat. Tinggalkan Islam, semua tidak selamat.