Hiburan Mendidik Jiwa Hiasi Ijtimak Kelantan 2017

127 views

Hiburan Mendidik Jiwa Hiasi Ijtimak Kelantan 2017

Oleh: Nuha Faqihah

KOTA BHARU, 22 Julai- Seawal jam 2 petang, orang ramai telah mula membanjiri Stadium Muhammad IV bagi menyaksikan persembahan Kesenian oleh artis jemputan sempena Ijtimak Kelantan 2017.

Antara artis yang hadir memeriahkan pentas Ijtimak kali ini adalah kumpulan nasyid Hijjaz, Hafiz Hamidun dan Kumpulan Dikir Barat.

Bait-bait lirik yang dibawa oleh artis jemputan banyak mengingatkan peserta Ijtimak untuk menjadikan Islam sebagai asas penyelesaian terhadap segala permasalahan yang berlaku dalam dunia hari ini.

Mereka turut menekankan elemen persaudaraan dan kasih sayang sesama ummat Islam kerana mereka telah disatukan atas kalimah tauhid yang sama.

Selain itu, persembahan Kesenian ini telah membuktikan bahawa Islam adalah agama yang tidak menolak hiburan.

Malah ia memberi penyelesaian terbaik dalam meraikan jiwa manusia yang inginkan hiburan dengan menyajikan lagu yang mampu mendidik jiwa dan mendekati penciptanya.