Dokong Usaha Kelantan Tegakkan Islam

102 views

 

Dokong Usaha Kelantan Tegakkan Islam

Oleh: Khadijah Zahra

KOTA BHARU, 22 Julai – Tindakan dan perancangan Kerajaan Negeri Kelantan untuk menegakkan Islam agar terus berlangsung mesti didokong dengan penuh istiqamah.

Seruan itu ditegaskan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh pada Pentas Muslimat sempena Ijtimak Kelantan 2017, di sini, sebentar tadi.

Terangnya, Kerajaan Kelantan mempunyai visi dan misi yang jelas untuk menyelamatkan rakyat di dunia dan juga akhirat.

“Marilah bersama-sama kita bertungkus lumus mempertahankan PAS di negeri Kelantan. Kerana kita punya kewajipan untuk mempertahankan dan mengekalkan Kerajaan Islam ini.

“Mari kita berdoa bagi memastikan Negeri Kelantan ini diberi kekuatan untuk terus dipimpin oleh PAS,” ujarnya penuh harapan.

Menurutnya, Kerajaan Kelantan juga sangat prihatin dalam mengisi keperluan fitrah manusia dari sudut roh dan jasad dengan pelbagai pendekatan keilmuan.

Oleh itu, beliau mengajak mereka yang hadir kerana dapat menjejak kaki ke bumi ‘terpilih’ itu.

Katanya, keistimewaan yang Allah anugerahkan kepada Kelantan tidak ada pada negeri yang lain.