Hiburan Islam Hidangan Berlandaskan Keperluan Syariat

125 views

Hiburan Islam Hidangan Berlandaskan Keperluan Syariat

Oleh : Walid Ameerul Haq

KOTA BHARU : Sempena sambutan Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia, slot Malam Kebudayaan Islam menggamit pelbagai nostalgia rakyat mengimbau sejarah hiburan masyarakat tempatan seperti dikir barat, seni silat, nasyid, pentomen dan beberapa seni persembahan tradisional tempatan.

Walaupun arus kemodenan semakin menganjak bahkan berleluasa dalam pemikiran anak bangsa namun warisan Melayu masih mampu menarik minat pengunjung menyaksikan persembahan kebudayaan yang dipersembahkan dari kalangan anak muda.

Sewajarnya umat Islam harus mengetahui bahawa Islam tidak melarang untuk berhibur malahan landasan serta garis panduan yang ditetapkan masih memberikan ruang bagi menikmati hiburan.

Penampilan Derry Sulaiman dari Indonesia dan kumpulan nasyid Wadi L Jadid pernah popular menerusi lagu Natrah sudah pasti mengimbau kembali liku-liku pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir berjaya menarik perhatian pengunjung untuk turut serta mengikuti persembahan.

Implementasi hiburan wajar diterjemahkan dengan acuan Islam sebenar agar ia tidak menghanyutkan generasi muda sehingga akhirnya mereka terpenjara dek kejahilan memahami keperluan hiburan sebenar.