Wanita wajib berada di medan politik

1,616 views

MARANG, 20 MAC : “Wanita Palestin berusaha merebut peluang sebagai syuhada dalam pelbagai cara termasuk sebagai pengebom berani mati. Sekiranya, kami mempunyai anak, akan dipastikan anak itu menjadi pembebas al Aqsa mahupun pejuang Hamas bagi menentang rejim Zionis yang telah merampas tanahair kami secara haram dan menzalimi kaum wanita dengan seksaan fizikal mahupun batiniah secara paksa” ucap Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia, Sumayyah dari Gaza.

Beliau merupakan wakil pertubuhan badan bukan kerajaan dari Palestin yang mempunyai cawangan di Malaysia turut berkongsi pengalaman membesar di Palestin dan melihat keterlibatan aktif di kalangan kaum hawa. Hampir 90 peratus golongan ini turut sama dalam khidmat masyarakat disamping berganding bahu membebaskan Palestin.

Sumayyah antara pemidato muda antarabangsa yang telah menyemarakkan pentas pidato wanita di Ijtima’ Alami 3.0, Rusila bertempat di Dewan Tok Guru, petang ini. Pidato ini turut disertai oleh Ketua Dewan Muslimat Pas Malaysia, Yang Berhormat Ustazah Siti Zailah.

Program seumpama ini dianjurkan bertujuan untuk mendedahkan keterlibatan wanita di pentas politik antarabangsa sekaligus bertukar idea dan pengalaman berhadapan isu-isu semasa yang diangkat oleh musuh gerakan islam di Tunisia, Maldive dan Palestin.

“Muslimat di sana dilayan sama rata seperti Muslimin dalam politik. Dengan tujuan menekan gerakan islam supaya golongan wanita tidak diberi hak bertanding dalam pilihan raya malah turut dipenjarakan. Kami turut menubuhkan gerakan muslimat secara sulit di kampus dan juga dalam masyarakat sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).” Ujar Ketua Muslimat Parti Annahdah, Tunisia, Sister Wahidah.

“Tujuan gerakan ini dilancarkan bagi mengajak kaum wanita terlibat dengan politik dan perjuangan tanah air supaya golongan ini merasakan kebertanggungjawaban sama seperti kaum adam dalam membangunkan negara”.

“Pihak Pemerintah meletakkan undang-undang “Tanasuf” iaitu calon daripada Parti untuk pilihanraya Kerusi mesti diwakili oleh muslimat dan muslimin dalam jumlah yang sama banyak bagi tujuan menyekat pergerakan kami. Meskipun begitu, berlaku sebaliknya bilamana Parti an-Nahdhoh merupakan parti yang pertama sekali menghantar wakil wanita bagi menyertai pilihan raya dan dua calon telah dilantik sebagai menteri kabinet” ujarnya.

Sarjana Falsafah dari Universiti Monash, saudari Fatma Said turut menasihati kaum wanita di Malaysia supaya berdiri di atas identiti sendiri, disamping mengenal pasti bentuk serangan idealogi dan pemikiran yang telah dibawa oleh musuh islam terutama yahudi yang cuba memusnahkan pegangan agama di kalangan muslimat.

“Umat Islam terutama wanita perlu bangga dan mempertahan ‘Muslimat’ yang ada dalam diri wanita islam serta menjauhi sikap label melabel sesama muslim dalam melaksanakan gerak kerja Islam bagi mengelak perpecahan antara kita” kata Ketua Muslimat Parti Aadaalah itu.

Ucapan yang disampaikan oleh pemidato tidak lekang menasihati kaum wanita Malaysia terutamanya agar tidak perit untuk menyertai politik bersama kaum lelaki bagi menegakkan islam di muka bumi. Pemidato turut menitik beratkan soal perjuangan memahamkan masyarakat dengan agama kepada kaum hawa yang telah dilakukan oleh para sahabiah sejak zaman Rasulallah s.a.w lagi.

Ketua Dewan Muslimat Pas Malaysia mengakhiri slot pidato wanita petang tadi. Beliau menegaskan ukhuwwah sesama pejuang amat penting dalam menegakkan kalimah Allah selain mengingatkan kita yang mana musuh islam cuba mengkucar-kacirkan perjuangan suci ini.

“Saya ingin melihat ukhuwwah Islamiah di antara kita dijagai dengan baik supaya dapat kita merasai Islam mentadbir Malaysia disamping membina akhlak melalui program-program gerakan islam dan turut mengambil ibrah dari sejarah lalu dalam perjuangan islam” kata beliau.

Keterujaan pemidato di pentas Ijtima’ Alami disambut penuh semangat melalui ucapan yang terselit nasihat sebagai panduan dan mereka mengucapkan terima kasih atas penghargaan yang diberikan kaum wanita Malaysia terhadap mereka.